
Di Marriott,
Kami Percaya
Asas kejayaan kami bergantung pada kesejahteraan anda. Kami komited untuk memastikan persekitaran kerja kami memenuhi keperluan emosi, fizikal dan kewangan anda. Persekitaran kerja yang menyokong dan menghargai setiap ahli pasukan. Persekitaran yang memberi motivasi dan suasana berbeza kepada komuniti kami. Kami memanggilnya program TakeCare.
Mengutamakan Kesejahteraan Anda
Industri hospitaliti sentiasa menyambut mesra dan memberi layanan paling baik kepada sesiapa sahaja, seperti layanan tetamu di rumah anda. Ia bermula dengan pelawaan mesra kepada bakal para pekerja kami. Kami melaksanakan dengan integriti, menerima perubahan dan memberi perkhidmatan seluruh dunia. Pengasas kami iaitu J.W. dan Alice Marriott percaya ia dapat dilaksanakan dengan mengutamakan kesejahteraan orang lain. Kini, kami turut mempraktikkan kepercayaan itu demi mencapai kejayaan.
Kenali Kami
Kami membina kekuatan komuniti dan memanggilnya rumah impian. Ia adalah aspirasi dan imaginasi anda yang membantu kami meneroka peluang, manfaat dan hala tuju baru. Kami adalah pengembaraan kerjaya anda. Anda yang membezakan dan memberi kelainan kepada kami.
Layanan yang baik dan pekerja yang penuh bersemangat dalam kerjaya mereka adalah asas kejayaan kami dalam industri hospitaliti.
Arne Sorenson Presiden dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif)
Inspirasikan Diri Anda,
Baca dan Hayati Kisah Pengalaman Mereka
Kami mahu para pekerja berbangga dengan hasil keazaman, imaginasi dan usaha keras mereka di Marriott. Ia adalah pengembaraan kehidupan bagi sesetengah orang. Ia bukan hanya kata-kata kosong. Kami kongsikan pengalaman komuniti kami untuk anda.
Saya sangat menyukai sokongan Marriott terhadap gaya hidup sihat. Syarikat amat mementingkan kesihatan kami dengan pelaksanaan pelbagai program kesejahteraan Take Care sehingga sokongan kepimpinan.
SHAUNA O.

PENYELARAS HR (SUMBER MANUSIA) DAN PENTADBIRAN AM, HOTEL DELTA, SAULT STE MARIE, ON
Aspek utama yang menjadi tarikan kerjaya di Marriott International adalah sokongan organisasi dan penghargaan kepada komunitinya.

STACY L.
BAHAGIAN PENCEGAHAN KERUGIAN, GAYLORD RESORT, NASHVILLE, TN
Pekerjaan saya memberikan saya keyakinan secara beransur-ansur dan ini tidak dapat dipelajari di mana-mana. Ia hanya berlaku apabila anda diberi kepercayaan sepenuhnya.

Kulpreet K.
PENGARAH AKAUN, PENGERUSI PEMASARAN JUALAN&, BENGALURU, INDIA
Kepelbagaian &
Rangkuman Keseluruhan
Kami mencipta dan menyambut mesra persekitaran pelbagai budaya rakan sekerja dan tetamu kami secara menyeluruh. Kami bersungguh-sungguh mencipta komuniti ini dan sangat komited memeliharanya.

Semak
Blog Kepimpian Kami
