PROGRAM
VISA

Marriott mempunyai Program Visa F-1 dan J-1 khusus untuk memberikan para pelajar atau pelatih peluang pengalaman bekerja di Marriott hotel di seluruh Amerika Syarikat.

Kami menawarkan program 12 bulan kepada para pelajar dengan Visa F-1. Program ini bertujuan memberikan pengalaman amali, sesi latihan dan pengenalan kepada budaya dan nilai teras Marriott.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu:

  • Program ini disediakan untuk pelajar yang belajar di A.S. yang memiliki Visa F-1 dan layak untuk Visa Latihan Praktikal Pilihan selepas menamatkan pengajian program hospitaliti A.S. Visa OPT membenarkan anda bekerja di A.S. selama setahun.
  • Selepas berjaya menamatkan program latihan 12 bulan tersebut, anda mungkin layak untuk salah satu perkara berikut:
    1. Kemasukan terus ke dalam Voyage di negara asal anda.
    2. Penempatan sepenuh masa di Marriott hotel di negara asal anda atau di negara yang membenarkan anda bekerja dengan permit kerja sudah dikeluarkan.
Sekiranya anda sedang bekerja atau belajar dalam bidang hospitaliti di luar Amerika Syarikat, Program Latihan Pelawat Pertukaran J-1 menawarkan anda peluang untuk memperoleh pengalaman bekerja di Marriott hotel di seluruh A.S.

Garis Panduan program

Visa J-1 boleh memberikan peluang latihan praktikal “bekerja” di A.S. untuk para pelatih yang memegang status warganegara asing. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ingat sekiranya anda sedang mempertimbangkan peluang J-1 untuk mengembangkan kerjaya bersama Marriott di A.S.:

  • Bagi melayakkan diri sebagai pelatih J-1, individu tersebut hendaklah sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah ataupun sijil di institusi akademik lanjutan menengah di luar A.S. ATAU individu tersebut sudah menamatkan pengajian dari institusi sedemikian tidak lebih dari 12 bulan sebelum tarikh mula program pertukarannya.
  • Bagi melayakkan sebagai pelatih J-1, individu tersebut hendaklah sudah memiliki ijazah ataupun sijil profesional dari institusi akademik lanjutan menengah dari negara asing dan sekurang-kurangnya sudah mempunyai setahun pengalaman kerja yang berkaitan di luar A.S.; atau lima tahun pengalaman kerja di luar A.S. tanpa kelayakan akademik peringkat ijazah.
  • Program J-1 dalam kategori “Hospitaliti dan Pelancongan” adalah dihadkan selama 12 bulan untuk para pelatih. Pelatih mungkin diterima untuk menyertai program J-1 yang mengambil masa selama 18 bulan sekiranya bidang latihan subjek bukan dalam industri hospitaliti dan pelancongan
  • Sebagai pelatih J-1, anda mungkin ditempatkan dalam program latihan Bahagian Bilik Penginapan, Kaunter Penyambut Tetamu, Makanan & Minuman, Kulinari atau sebarang program lain yang ditentukan oleh hotel.
  • Sebaik sahaja tawaran pekerjaan diterima oleh calon pelatih antarabangsa, individu tersebut perlu menghubungi salah satu organisasi penajaan J-1 berikut, yang dibenarkan oleh Pihak Pemerintah Persekutuan A.S (U.S. Department of State), untuk membantu melengkapkan Borang DS-2019, Sijil Kelayakan, dan permohonan visa J-1.
Berikut adalah senarai Organisasi Penajaan yang dibenarkan membantu menetapkan pemegang visa J-1 dalam program pelatih dan latihan dengan Marriott. Sila hubungi organisasi yang disenaraikan bagi mendapatkan maklumat tentang kelayakan dan prosedur permohonan.