Program Universiti

Semangat dan keazaman anda dihargai. Kami akan membuka peluang yang luas kepada anda. Marriott International menawarkan program bagi pelajar dan graduan universiti memulakan kerjaya impian anda.

VOYAGE PERJALANAN KERJAYA ANDA

Program Pembangunan Kepimpinan Global

Program Voyage adalah program pembangunan kepimpinan global Marriott International selama 12 hingga 18 bulan yang memenangi anugerah terkemuka. Ia menawarkan sumber pengetahuan dan sokongan kepada bakal pemimpin di seluruh jenama hotel Marriott. Sertai kumpulan bakal pemimpin elit untuk mengembangkan peluang kerjaya anda.

Mulakan dengan baik dan tepat
Ke manakah hala tuju kerjaya anda?

Manfaat Program Voyage:

  • Peluang latihan amali dan maya dalam pelbagai bidang: Akaun & Kewangan, Kulinari, Kejuruteraan, Pengurusan Acara, Makanan & Minuman, Sumber Manusia, Pengurusan Hasil, Bilik Operasi, Jualan & Pemasaran
  • Libatkan diri anda dalam operasi hotel melalui jadual pusingan kerja jabatan
  • Berhubung dengan rakan sekerja global melalui rangkaian sosial
  • Berhubung dengan pemimpin senior Marriott
  • Bersaing secara global melalui simulator hotel maya

Latihan di Hotel dan Ibu Pejabat

Pelbagai peluang latihan berinovasi kami yang merangkumi gabungan latihan dalam kerjaya dan pengenalan budaya Marriott International. Program standard selama 8-12 minggu dan berterusan sehingga 12 bulan ataupun lebih di sesetengah lokasi.

Yakin dengan permulaan perjalanan kerjaya anda

TEMUI KAMI APABILA
Kami Berhampiran Anda

Wakil Marriot sentiasa bergerak bersama anda! Nantikan kemunculan mereka di universiti anda bersama peluang hebat yang ditawarkan. Jadual Pengambilan Musim Luruh 2017 Akan Menemui Anda Tidak Lama Lagi!

Cari Lokasi Program Voyage

Amerika Syarikat dan Kanada

Cari Program Latihan Hotel

Amerika Syarikat dan Kanada

Cari Ibu Pejabat Program Latihan

AYUH
SEMUA PELAJAR YANG PENUH SEMANGAT DAN BERCITA-CITA TINGGI

Program Voyage menawarkan segala sumber keperluan untuk berjaya dan mencapai impian saya. Permulaan yang hebat bagi perjalanan kerjaya saya.

Hannah G.
Pengurus Sumber Manusia (HR)

Soalan Lazim (FAQs) Program Voyage

Program Voyage adalah program pembelajaran kendiri selama 12-18 bulan. Tempoh pembelajaran bergantung kepada bidang dan negara bekerja anda. Program ini direka untuk peserta mempelajari dan mempraktikkan peranan pengurusan entry-level (peringkat kemasukan junior) selepas menamatkan program ini. Ketua dan Pegawai Pelatih akan bersama anda bagi mengenal pasti jawatan yang sesuai dengan anda.
Ya, program Voyage adalah program yang dibayar penuh seperti kerjaya entry-level (peringkat kemasukan junior). Bayaran diberi berbeza mengikut negara.
Pengesahan kerja tetap negara anda diperlukan bagi menyertai program Voyage. Kami tidak menyediakan pengesahan kerja anda. Sila pastikan anda mendapatkannya sebelum membuat permohonan. Proses mendapatkan pengesahan berbeza bagi negara Timur Tengah dan Afrika. Anda perlu menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan permit sesuai untuk bekerja di negara tertentu. Penemu duga kami akan memberikan maklumat tepat berkaitan cara bekerja di negara tertentu semasa proses saringan.
Kami memerlukan pengesahan kerja tetap bagi negara yang anda pilih. Kami juga akan mencadangkan pilihan negara yang menerima pengesahan kerja anda. Anda berpeluang memohon pemindahan dalam jabatan apabila anda selesai program Voyage dan menjadi sebahagian pasukan atau rangkaian Marriott. Jika anda seorang pelajar atau lepasan graduan dan berminat untuk bekerja di Amerika Syarikat, anda patut mencuba  peluang J-1 selain program Voyage.
Jumlah pengambilan berbeza setiap tahun. Namun, kami menjangkakan lebih dari 500 peserta diambil setiap tahun bagi seluruh dunia.
Program Voyage ditawarkan di lebih 50 negara di seluruh dunia.
Carian perkongsian program Voyage di Amerika Syarikat dan Kanada atau negara lain berdekatan anda jika ada pengambilan buat masa ini.
Simulator hotel adalah pengalaman permainan maya dalam talian yang membenarkan peserta program Voyage menguji pengetahuan industri hospitaliti mereka dengan menguruskan hotel maya dan membuat keputusan sebagai pihak pengurusan. Peserta program Voyage juga bersaing dalam simulator secara global.

Proses Permohonan Kami

  1. Permohonan. Sila klik “Cari Program Latihan Hotel” atau ‘Cari Program Ibu Pejabat Program Latihan” di atas dan ikuti langkah permohonan dalam talian.
  2. Temu Duga. Kami melawat pelbagai universiti untuk proses pengambilan peserta program latihan setiap tahun. Lihat jadual pengambilan kami untuk mengetahui universiti pilihan dan waktu lawatan kami. Kami memilih calon berpotensi yang memohon melalui dalam talian dan mempelawa mereka untuk ditemu duga oleh pihak kami. Jika tiada lawatan ke universiti anda, temu duga akan dijalankan secara dalam talian atau maya.
  3. Langkah Seterusnya. Pihak pengambilan kami akan memaklumkan status permohonan dan temu duga anda dalam masa 2 minggu. Tawaran dan penempatan sebenar akan dikongsi dengan anda pada enam hingga lapan minggu sebelum program latihan anda bermula.
Sila klik “Cari Lokasi Program Voyage” di atas untuk memohon secara dalam talian. Jika anda seorang pemohon yang berkelayakan, anda akan menerima e-mel menjemput anda ke proses seterusnya, yang berbeza-beza mengikut wilayah dan boleh termasuk:

  • Penilaian Dalam Talian
  • Temu duga perseorangan atau berkumpulan
  • Temu duga akhir
  1. Tampil profesional. Tiba awal. Pastikan semak masa, tarikh dan lokasi temu duga anda. Berpakaian kemas dan tampil bersedia untuk memulakan kerjaya anda dalam dunia perniagaan.
  2. Tunjukkan kepimpinan anda. Kongsi pengalaman yang membantu anda dalam persediaan dalam dunia perniagaan.
  3. Menjadi penyelesai masalah. Fikirkan sumbangan atau cabaran yang pernah anda lalui serta memberi impak kepada semua. Bagaimanakah anda membahagikan keutamaan anda dan berhubung dengan rakan sekerja bagi menjayakan sesuatu projek? Bagaimanakah anda mengatasi halangan? Apakah yang anda lakukan bagi mencapai matlamat anda?
  4. Merendah diri dan meletakkan diri anda di tempat orang lain. Bagaimanakah anda membantu membina sesuatu hubungan? Adakah anda mampu bekerjasama dengan rakan sekerja yang berbeza pendapat? Pastikan anda mempunyai beberapa contoh untuk dikongsi.
  5. Tanya soalan intelektual. Tunjukkan semangat dan komitmen anda untuk berjaya. Kongsikan soalan anda tentang jawatan, program, jenama tertentu atau bidang perniagaan yang anda ingin ketahui dengan lebih lanjut.
Lawati Jadual Pengambilan kami bagi menyemak waktu lawatan kami ke universiti anda.
Anda layak memohon program Voyage jika anda:

  • Graduan lepasan universiti atau sekolah perhotelan pada tahun lalu.
  • Ijazah sarjana muda atau pendidikan tahap tinggi (rakan sekutu yang mengambil bidang Kulinari sahaja)
  • Fasih Berbahasa Inggeris
  • Mempunyai pengesahan kerja tetap bagi negara pilihan anda
Program Voyage direka bagi pemohon luar buat masa ini. Pengecualian bagi pelajar latihan yang bekerja separuh masa di hotel Marriott dan masih belajar di universiti.
Pertama, hantarkan permohonan anda secara dalam talian. Jika dipilih, anda akan menerima e-mel mempelawa anda ke proses seterusnya mengikut kedudukan geografi. Anda mungkin akan ditemu duga secara perseorangan atau berkumpulan, digital atau melalui penilaian oleh pihak kami.
Sila hubungi kami di Facebook! Kami mempunyai lebih daripada 30 profesional HR (Sumber Manusia) (sebahagiannya adalah peserta program Voyage) yang bersedia membantu dan menjawab sebarang soalan anda berkaitan kerjaya di Marriott, program Voyage dan sebagainya.
Pekerja tersenyum mesra

Demi Pengembaraan Kehidupan

Cari Peluang Kerjaya Lain di Starwood