Peluang
bagi
Pengembaraan Unik Anda

Ramai pekerja hotel menjadi wajah Marriott International kerana mereka adalah individu pertama yang bertemu dengan para tetamu kami. Manakala, ramai pekerja lain bekerja di sebalik tabir untuk memberikan pengalaman penginapan luar biasa yang tidak dapat dilupakan kepada setiap tetamu.

Tuan Rumah

Sentiasa bersemangat dan teruja untuk berinteraksi dengan orang lain?

Peranan sebagai tuan rumah jenama hotel yang dipercayai dan disayangi adalah imej sempurna yang mahu ditunjukkan kepada semua. Mereka sentiasa bersemangat untuk berkhidmat serta memberikan layanan paling baik supaya para tetamu kita pulang dengan perasaan gembira dan membawa bersama memori pengalaman penginapan yang kekal selamanya. Memori yang sama indah dan hebat seperti hotel yang mereka lawati.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Kaunter Penyambut Tetamu
  • Bellman
  • Concierge
  • Pengurusan Acara
  • Kedai Cenderamata dan Runcit
  • Valet

Artis Kesenian

Anda ada bakat kreativiti?

Kami menawarkan beberapa laluan kerjaya yang pasti akan memenuhi inspirasi anda. Anda boleh mempertimbangkan bahagian seni masakan, kerjaya di bar, pelbagai jawatan di restoran, kesihatan dan kecantikan, atau beberapa bidang artistik lain.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Makanan dan Minuman
  • Kulinari
  • Pelanskapan
  • Spa dan rekreasi
  • Golf, kesihatan dan hiburan

Pemantau
Kualiti

Adakah anda sentiasa teliti pada perincian dan sentiasa bersemangat untuk menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan?

Pemantau Kualiti kami sentiasa mengetahui semua perkara sehingga perincian kecil dan memberikan tanggapan yang hebat kepada tetamu kami. Kemahiran pengurusan, perhatian terhadap perincian dan kesungguhan keseluruhan bagi menjaga kualiti kerja ini yang terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju syarikat hospitaliti di dunia.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Pengemasan
  • Sumber Manusia
  • Kejuruteraan dan Kemudahan
  • Operasi Perkhidmatan Tetamu
  • Pentadbiran
  • Keselamatan

Perancang

Bersemangat memacu arah?

Perancang kami sentiasa merealisasikan peranan kepimpinan yang memacu arah organisasi bagi memastikan syarikat ini sentiasa selangkah ke hadapan berbanding semua syarikat lain. Kami menyediakan pelbagai peluang kerjaya untuk individu yang berdaya saing dan berkepimpinan bagi mencapai kejayaan peribadi di samping memberikan inspirasi kepada pasukan mereka sebagai mentor.

Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Pengurus Besar
  • Pengarah Bankuet
  • Pengurus Operasi
  • Pengurus Restoran
  • Pengarah Kewangan
  • Jualan dan Pemasaran
Saya suka memberi bimbingan kepada pasukan saya sebagai mentor. Saya sentiasa bersedia menjawab sebarang soalan kompleks atau memikirkan pendekatan baru bagi menangani situasi sukar. Semua cabaran ini memberikan kepuasan peribadi kepada saya.

Paul R.
Pengarah Bersekutu Pengurusan Acara & Katering, Sheraton, Dallas, TX