Pengetahuan dan pengalaman anda dihargai di sini. Kami sentiasa memberi galakan dan peluang untuk anda berkembang setiap hari.

Perasaan dan keinginan diterima dengan tangan terbuka. Tempat kerja yang sesuai dan memenuhi pilihan anda. Rakan sekerja seperti sebahagian ahli keluarga anda. Semua ini akan anda nikmati dengan kerjaya di Khidmat Pelanggan Marriott.

Adakah Marriott International pilihan tempat kerjaya anda? Kami hargai semangat dan keazaman anda untuk berjaya. Kami akan membuka pelbagai peluang kepada anda di setiap pelusuk dan merentasi benua.

Kami mencari individu yang bersemangat dan suka meneroka pengalaman baru. Pendengar yang setia juga.

Para pekerja kami sentiasa teruja mahu mengetahui maklumat tentang seluruh dunia serta bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan paling baik kepada para tetamu. Adakah anda individu yang kami cari? Perkhidmatan pelanggan kami bermula dengan panggilan atau pesanan pertama daripada para tetamu, menjawab soalan mereka serta pandangan terhadap jenama dan maklumat tentang destinasi kami.

Kami Berada di Semua
Destinasi Pilihan Anda.

Kami menyediakan Khidmat Pelanggan Marriott di setiap pelusuk benua. Namun, anda perlu tahu. Kerjaya kami juga boleh dilakukan dari semua lokasi termasuk rumah anda. Anda boleh cari kami di:

Semangat dan Keazaman Anda.
Ini Budaya Kami.

Kita bersama-sama mencipta kerjaya impian. Jika anda serius dengan kerjaya dalam industri hospitaliti, Kerjaya Khidmat Pelanggan Marriott adalah pilihan terbaik anda. Marriott sentiasa menjaga pekerja dengan baik. Para pekerja ini yang akan menjaga pelanggan kami dengan baik serta memastikan perniagaan berjalan dengan lancar dan seterusnya menempah kejayaan luar biasa. Kami menawarkan jadual kerja yang fleksibel, peluang bekerja dari rumah dan manfaat penuh Marriott termasuk kadar hotel istimewa di semua jenama hotel kami.

Sertai Kami